Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat
Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita
menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini
sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan
satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka
janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan
syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama
Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang
lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w
pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.
Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah.
Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan
kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar
hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta
syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia
mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan
syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu
Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine
merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak
seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa
dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang
mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas
ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan
Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh
menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam
akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan
Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan
bahawa kes remaja hamil
anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau
berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu
mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau
Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut
malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan
Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya
sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi
pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah
sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan
maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan
oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai
Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan
dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang
jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah
HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22
hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s
Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai
unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan
maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan
meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar